Sejak
kebelakangan ini dilihat demokrasi Malaysia semakin dicalari nilai
ketulenannya dengan kepentingan tertentu pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab. Pilihanraya kampus juga turut menerima tempias apabila
dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi
mereka. Pilihanraya kampus yang sewajarnya berada dalam keadaan suasana
politik yang paling bersih dan suci telah dikotori dengan politik luar
yang berkepentingan . Tindakan mereka amat teliti dan terancang dalam
menggunakan jentera kerajaan dan parti politik untuk mematikan idealisma
dan aktivisma mahasiswa. Maka atas dasar itu, Pro-Mahasiswa sebagai
parti politik mahasiswa yang berteraskan aktivisma dan idealisma
mahasiswa dalam gerakan menjadikan “Bersih Kampus” ini sebagai
perjuangan utama terutama dalam mendapatkan sistem pilihanraya kampus
yang bersih,adil dan berintegriti di Malaysia. Hal ini kerana ketulenan
dan kesucian medan pemilihan pemimpin mahasiswa ini mampu menjamin
kepimpinan mahasiswa yang berkualiti untuk masa hadapan negara.
“Academic
chairs are many, but wise and noble teachers are few; lecture-rooms are
numerous and large, but the number of young people who genuinely thirst
after truth and justice is small.”
- Albert Einstein.
TUNTUTAN
1-Penetapan tarikh pilihanraya kampus
2-Mahasiswa terlibat mengurus pilihanraya kampus
3-Pemantauan perjalanan pilihanraya kampus
4- Sistem pengundian yang telus
5- Kebebasan berkempen
6-Peruntukan kepada calon
ISU DAN TUNTUTAN
1-Penetapan tarikh pilihanraya kampus
ISU :
a) Universiti
Malaya: Pilihanraya kampus 2012 dilewatkan sehingga bulan September
2012. Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar telah berlaku pada 21 mac
2012. Ini menandakan telah tamat satu sesi kepimpinan mahasiswa selama
satu tahun . Ini adalah pengamalan biasa dalam pemilihan kepimpinan
mahasiswa seperti mana yang tercatat di dalam Akta Universiti Kolej
Universiti (AUKU) Perkara 48(4) yang menyatakan bahawa
“Ahli MPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih selama satu tahun”
Tetapi
apa yang terjadi ialah dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
pada tahun ini tidak berlaku. Walaupun pada awalnya pihak Hal Ehwal
Pelajar (HEP) telah mengumumkan dan membuat penerangan tentang sistem
pilhanraya kampus termasuklah penerangan dalam sistem baru iaitu sistem
zon kepada semua pelajar pada bulan mac tahun ini di Dewan Tunku
Canselor, Universiti Malaya. Perkara ini mencacatkan lagi perjalanan
pemilihan kepimpinan mahasiswa di kampus sehingga tiada badan rasmi
mahasiswa yang dipilih oleh pelajar untuk menguruskan hal ehwal semasa
berkenaan kebajikan mahasiswa termasuk juga program-program seperti
festival konvokesyen.
b) Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM): MPP yang sudah tamat tempoh tidak diberikan
notis pembubaran. Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM
sepatutnya berlaku pada sekitar bulan februari 2012 sepertimana yang
tertakluk dalam perkara 48(4) Akta Universiti Kolej Universiti apabila
telah tamat satu tahun tempoh kepimpinan. Tetapi pembubaran MPP masih
tidak dijalankan oleh Hal Ehwal Pelajar sehingga banyak di kalangan ahli
Majlis Perwakilan Pelajar yang tahun akhir sudah habis masa belajar dan
hanya menunggu masa untuk bergraduasi. Kesannya adalah kepimpinan MPP
tidak cukup ahli kerana sudah ramai habis belajar. Pihak HEP juga
menganggap MPP adalah badan yang tidak sah . Hal ini demikian kerana ada
diantara ahli MPP bukan lagi mahasiswa yang dianggap sebagai sah
apabila sudah habis masa belajar dan kesan yang paling buruk dialami
oleh mahasiswa, apabila tiada badan khas yang boleh mengurus masalah
kebajikan mereka.
TUNTUTAN
Berdasarkan apa yang berlaku, mahasiswa menuntut tarikh pilihanraya kampus ditetapkan dan diletakkan di dalam takwim setiap universiti. Hal ini kerana :
1-Ketulenan
demokrasi yang meraikan kepada persaingan sihat tanpa ada campur tangan
politik luar yang boleh mengganggu gugat perjalanan politik kampus.
2-Persediaan yang cukup buat calon mahasiswa yang ingin bertanding .
3-Mendidik kefahaman politik mahasiswa dalam membuat persediaan bagi menghadapi musim pilihanraya kampus.
2-Mahasiswa terlibat mengurus pilihanraya kampus
ISU :
a) Universiti Malaya :
i
- Mahasiswa tidak diberikan kuasa secara langsung untuk membuat
keputusan dalam membincangkan berkenaan pilihanraya kampus mereka
sendiri. Pihak pentadbiran Universiti membuat perbincangan berkenaan
pilihanraya kampus tanpa perbincangan bersama mahasiswa.
TUNTUTAN :
Mahasiswa diberikan hak dalam membuat keputusan dalam jawatankuasa mengurus pilihanraya kampus. Mahasiswa
tidak boleh diketepikan dalam mengurus pilihanraya kampus. Individu
atau pihak yang berhak terlibat dalam mengurus pilihanraya kampus adalah
mantan kepada kepimpinan MPP yang lepas. Hal ini demikian kerana :
1-Memastikan pihak pentadbiran bersikap telus dalam mengurus pilihanraya kampus bersama mahasiswa.
2-Mahasiswa mempunyai hak mengurus pilihanraya dan menentukan corak politik dan kepimpinan mereka.
3-Memainkan peranan mahasiswa dalam menentukan kepimpinan mereka dalam menggerakkan pilihanraya kampus.
3-Pemantauan pilihanraya kampus
ISU:
a)
Mahasiswa telah mendapati bahawa wujud konspirasi terancang
tangan-tangan asing yang digunakan untuk mematikan aktivisma mereka yang
dikenali sebagai OPS 2020. Sebuah jentera yang dirancang oleh Jabatan
Perdana Menteri bertujuan untuk menyekat kemaraan mahasiswa sebelum
Pilihanraya Umum ke 13. Jentera OPS 2020 ini telah dibongkarkan oleh
mahasiswa sehingga isu ini dibicarakan oleh parlimen pada 20 jun 2012
yang lepas. OPS 2020 yang menggunakan jentera kerajaan seperti Biro Tata
Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, Polis Diraja Malaysia dan
lain-lain institusi kerajaan untuk mematikan aktivisma mahasiswa. Maka
mahasiswa terpaksa berdepan juga dengan jentera kerajaan.
b)
Universiti Putra Malaysia (UPM) : Isu pembatalan kemenangan 10 orang
calon Pro-Mahasiswa yang berlaku pada 25 februari 2011. Mereka
dibatalkan pencalonan atas alasan berkempen secara berkumpulan. Isu ini
kelihatan berat sebelah kerana calon Pro-Mahasiswa sahaja yang digantung
kemenangan sedangkan calon Aspirasi tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Dan melalui isu ini menyebabkan berlakunya tragedi berdarah pecah pintu
di bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia.
c) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):
i
- Pada waktu pilihanraya kampus 21 februari 2011 jawatankuasa
pelaksanan PRK di kolej memakai baju berlambang Aspirasi untuk meraih
undi sedangkan dalam peraturan melarang memakai atau menggunakan
sebarang perkara yang melambangkan identiti.
ii
- Jawatankuasa pelaksana PRK di kolej telah mencatat nombor siri dan no
matrik pelajar yang turun mengundi sedangkan dalam peraturan, kertas
undi adalah rahsia.
iii
- Selain itu, perkara yang berlaku adalah aktiviti memancing undi di
tempat membuang undi. Kewujudan kaunter/pondok panas - Buku Panduan
Calon . mengikut peraturan pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 :
Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi dan tidak
dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat
mengundi.
TUNTUTAN
Wujud badan bebas yang mampu untuk menilai dan memantau sepanjang proses dan perjalanan pilihanraya kampus setiap universiti.
Perkara ini bagi memastikan pilihanraya kampus berjalan secara bersih,
telus dan berintigriti sepanjang tempoh pilihanraya kampus tanpa ada
pihak lain yang boleh memanipulasi pilihanraya kampus untuk kepentingan
peribadi. Antara badan cadangan adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM), Badan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MAFREL) dan Institute
for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Hali ini kerana :
1-Pilihanraya kampus boleh diukur tahap standard ketelusannya.
2-Pilihanraya
kampus dapat berjalan secara bersih,telus dan berintegriti tanpa ada
pemanipulasian oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab
3-Menunjukkan nilai politik ahli akademik yang mampu berpilihanraya secara dipantau.
4- Sistem pengundian yang telus
ISU :
a) Universiti Malaya :
i
- Antara yang pernah berlaku adalah ketika pilihanraya kampus januari
2010 apabila sistem e-undi yang dijalankan di Universiti Malaya
berlakunya server down semasa hari pengundian di enam buah komputer di
kolej kediaman kedua belas (Raja Dr Nazrin Shah). Hampir 30 orang
pelajar terhalang daripada mengundi dalam tempoh masa setengah jam
tergendala.
Dan
selepas itu, satu lagi laporan diterima mengenai kes yang sama kepada
komputer-komputer pengundian di pusat mengundi kolej kediaman keempat
dan sekali lagi berlaku di pusat mengundi di fakulti ekonomi dan
pentadbiran (FEP). perkara ini yang menyebabkan tertubuhnya gerakan
mahasiswa “BANTAH E-Voting”.
ii
– Dan pada pilihanraya kampus 2011 juga berlaku masalah yang lebih
kurang sama apabila tiga lagi sistem e-undi yang diperkenalkan iaitu
e-penamaan, e-bantahan, e-rayuan dan e-undi. Selain itu, terdapat juga
kriteria tambahan yang ditambah oleh university yang dimasukkan dalam
sistem pilihanraya kampus iaitu bengkel untuk calon.
Beberapa
isu kecil telah berlaku antaranya adalah berkenaan calon yang mendaftar
agak lewat tetapi masih dibenarkan untuk mendaftar bengkel dan
menyebabkan dia ditolak pencalonan.
b) Universiti Sains Malaysia :
i
– pada pilihanraya kampus 2011 , masalah yang berlaku berkenaan dengan
sistem pilihanraya kampus adalah yang pertama berkenaan tentang Borang
calon . Tiada penerangan untuk pengendalian borang calon diberikan oleh
Hal Ehwal Pelajar. Yang kedua adalah berkaitan dengan data lengkap
keputusan akhir yang tidak dipamerkan kepada semua mahasiswa. Bilangan
mahasiswa yang turun mengundi secara keseluruhan, dan bilangan undi
rosak tidak dipamerkan.
TUNTUTAN :
Pemurnian dan penambahbaikan sistem pilihanraya kampus dengan campuran dwi sistem elektronik dan manual.
Pengundian dilakukan secara elektronik dan boleh mengeluarkan salinan
kertas undi elektronik untuk dimasukkan ke dalam peti undi untuk
membolehkan kiraan semula dibuat . Hal ini kerana :
1-Kiraan
semula boleh dibuat apabila berlaku ketidak puas hatian calon yang
bertanding atau terdapat perbezaan kiraan undi yang kecil.
2-Menjamin ketelusan sistem pilihanraya tanpa ada manipulasi sistem oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
3-Mengelak perkara-perkara tidak terduga yang boleh menjejaskan sistem elektronik
seperti penggodaman, putus bekalan elektrik, virus dan lain-lain.
5- Kebebasan berkempen
a) Tempoh kempen :
i
–Universiti Malaya : Bermula dengan pilihanraya kampus tahun 2010
sehingga tahun 2012 tempoh berkempen dipendekkan daripada tujuh hari
kepada hanya 3 hari untuk berkempen kepada 15 ribu orang mahasiswa .Masa
yang diberikan ini tidak mencukupi dan terlalu pendek apatah lagi calon
yang bertanding terikat dengan jadual kuliah pembelajaran. Hari minggu
juga turut dikira sebagai hari berkempen ,hal ini menyusahkan pelajar
untuk berkempen terutama untuk berkempen pada pelajar-pelajar di luar
kampus.
ii – Universiti Sains Malaysia : Tempoh hari berkempen tidak tetap dan dilakukan pada hari minggu.
iii-–
Universiti Teknologi Malaysia : Pada pilihanraya kampus februari 2011
lepas terdapat peraturan baru yang dibuat oleh pihak pentadbiran yang
menyekat mahasiswa untuk berkempen. Antaranya :
1-speaker corner hanya boleh diadakan di tempat yang dibenarkan oleh pihak urusetia pilihanraya sahaja.
2-Setiap calon hanya terhad berucap 3 kali sahaja semasa berkempen di speaker corner
3-Tidak dibenarkan berkempen secara berkumpulan.
TUNTUTAN :
Tempoh berkempen diberikan kepada calon yang bertanding selama 5 hari kuliah. Hal ini kerana :
1-Masa yang lebih mencukupi untuk calon berkempen kepada seluruh mahasiswa kampus.
2-
tidak menyusahkan calon untuk berkempen kepada pelajar-pelajar terutama
di luar kampus dan boleh fokus berkempen di dalam kampus.
b) Media bebas:
i
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : -Perkara yang berlaku adalah
larangan calon UTHM bagi menggunakan media laman sosial facebook pada
pilihanraya kampus 2011. Kebebasan calon untuk berkempen manggunakan
media massa amat terhad dan membelakangi zaman. Calon tidak dibenarkan
berkempen menggunakan facebook, twitter, friendster,blog dan media massa
lain.
TUNTUTAN :
Mahasiswa diberikan kebebasan mengunakan apa jenis media dalam berkempen. Hal ini kerana :
1-Membuka seluas-luasnya peluang untuk calon mengekspresikan diri mereka dalam berkempen.
2-Berkempen seiring dengan perkembangan media massa.
c) Lokasi kempen
i
- Universiti Malaya : tempat yang diberikan untuk calon mahasiswa
berkempen amat terhad dan terpaksa bercampur dengan birokrasi yang tidak
sepatutnya timbul. Calon mahasiswa yang diberikan autoriti oleh
universiti untuk berkempen disekat untuk berkempen di kolej-kolej
kediaman. Calon terpaksa membuat permohon 2 hari awal untuk mendapat
keizinan kolej-kolej kediaman sebelum dibenarkan masuk ke kolej-kolej
kediaman sedangkan kolej masih di dalam lingkungan dalam university dan
amat bias apabila parti yang berpihak pada university tidak perlu
meminta kepada izin kolej kediaman
TUNTUTAN :
Calon diberikan kebebasan seluas-luasnya untuk berkempen di dalam universiti termasuk kolej kediaman. Hal ini kerana :
1-tidak menghadkan calon mahasiswa untuk berjumpa semua pelajar.
2-Mengelak birokrasi yang boleh merencatkan mahasiswa untuk berkempen.
d) Mekanisma
berkempen : Universiti Malaya : Mekanisma atau bahan kempen mahasiswa
tidak bebas. Bahan kempen terlalu mengikat calon dan terpaksa mengikut
spesifikasi yang tidak bebas. Antaranya ialah bahan kempen yang hanya
dihadkan kepada jenis font, saiz fontm kandungan bahan yang tertentu
seperti nama calon,fakulti dan gambar sahaja. Segala jenis banner atau
poster yang tidak menepati spesifikasi akan ditolak.
TUNTUTAN :
Calon dibenarkan untuk menggunakan apa sahaja cara dan jenis mekanisma untuk berkempen. Hal ini kerana :
1-Menambah kreativiti mahasiswa dalam berkempen dengan pelbagai jenis bahasa, corak kempen dalam bahan kempen.
2-Memberi corak pilihanraya kampus yang menarik dengan persaingan secara bebas dan sihat.
6 - Peruntukan kepada calon
a) Universiti
Malaya : Ramai calon mahasiswa yang bertanding kebiasaanya menggunakan
modal sendiri untuk bertanding. Modal dikeluarkan oleh mereka bagi
penyediakan dana untuk bahan penerangan, bahan kempen dan lain-lain
dalam proses pilihanraya kampus.
b)Universiti
Kebangsaan Malaysia : Kebanyakan mahasiswa yang bertanding menggunakan
modal sendiri untuk pembiayaan proses penamaan dan kempen dalam
pilihanraya kampus
c)Universiti Putra Malaysia : Calon menggunakan duit sendiri dalam proses kempen setiap pilihanraya kampus.
TUNTUTAN :
Calon diberikan peruntukan khusus untuk bertanding samada dalam bentuk tunai atau material. Hal ini kerana :
1-Tidak membebankan mahasiswa yang berhutang dan dalam masa yang sama menyiapkan diri untuk bertanding.
2-Memberikan semangat kepada mahasiswa untuk lebih berbakti kepada universiti setelah bertanding.
PENUTUP
Mahasiswa
adalah golongan cerdik pandai dan bukan pelajar sekolah. Maka cara
didikannya juga adalah dengan cara mahasiswa. Maka dengan ini,
Pilihanraya kampus merupakan cerminan kepada pilihanraya umum ke 13 yang
akan datang. Demokrasi dan ketelusan dalam pemilihan kepimpinan kampus
menjadi pendidikan politik mahasiswa dalam melahirkan bakal pemimpin
negara kelak. Ia perlulah melalui didikan politik dari alam kampus
sebelum keluar menjadi pemimpin negara kelak.
Disediakan oleh:
Pro Mahasiswa Nasional
No comments:
Post a Comment