
Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
(UZAR) ketika K-fiqh yang berlangsung tempoh hari, beliau menyimpulkan bahawa,
berdasarkan konteks Malaysia, PARTI & MANIFESTO adalah LEBIH PATUT
DIPERTIMBANGKAN berbanding CALON, walaupun calon tersebut yang terbaik
berbanding calon-calon yang ada.
Dilema yang sering terjadi ketika PRU adalah ada pengundi
yang suka kepada peribadi CALON tetapi tidak suka kepada parti yang
diwakilinya. Ada pula yang sukakan parti yang bertanding, tetapi tidak suka
kepada calon yang mewakilinya.
Persoalannya, bagaimana mahu membuat pilihan? Parti atau
calon? Dalam konteks Pilihan Raya Kampus (PRK), mahasiswa mungkin mengalami
dilemma yang sama di antara 2 kelompok besar mahasiswa, Pro-Aspirasi dan
Pro-Mahasiswa.
Namun begitu, isu ini tidak relevan di UIA kerana calon yang
bertanding tidak mewakili mana-mana kelompok mahasiswa secara terang-terangan,
justeru yang lebih utama adalah memilih MANIFESTO atau CALON?
Secara umumnya Al-Quran menggariskan panduan untuk memilih
pemimpin melalui ayat Al-Qasas:26 iaitu kuat (kompeten) dan amanah. Namun
begitu, perlu difahami apabila ada ‘terbaik’, bermaksud masih terdapat yang
‘baik’, cuma tidak sebaik yang ‘terbaik’.
Masih terdapat cara lain untuk memilih pemimpin , selagi ia
dianggap ‘baik’, ‘tidak buruk’, ‘tidak tergolong dalam larangan’ tetapi
munasabah mengikut adat dan praktis yang sihat. Terdapat 3 hadis yang menyentuh
tentang cara lain memilih pemimpin. Ringkasan inti pati hadis tersebut adalah
seperti berikut:
- Hadis 1: Pemimpin yang adil (Hadis Muslim No 1827)
- Hadis 2 : Pemimpin yang memerangi orang kafir dan zalim, menyuruh pengikutnya
bertakwa dan berlaku adil (Hadis Muslim No 1841)
- Hadis 3 : Menegakkan solat. mengasihi dan dikasihi rakyat (Hadis Muslim No
1855)
Dalam menentukan sesuatu pendapat, hipotesis realiti di Malaysia
perlu diambil kira. Di Malaysia, partilah yang menentukan hala tuju keputusan
calon sebelum dan selepas dia berkuasa.
Setiap calon terikat dengan dasar dan manifesto parti dalam
keputusan yang dibuat. Jika diperhatikan, amat jarang calon yang berani
melanggar keputusan parti walaupun dalam menegakkan kebenaran.
Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa calon hanya boleh
berfungsi dalam ruang lingkup yang tidak bercanggah dengan parti dan manifesto.
Justeru, MENGUNDI CALON BUKAN LAGI ATAS DASAR INDIVIDU tetapi perlu dilakukan
dengan merujuk kepada PARTI dan MANIFESTONYA.
(mengikut konteks hari ini, boleh jadi akan berubah mengikut
tempat, masa dan calon)
Dalam hal ini, pendapat yang rajih ialah undi berdasarkan
parti dan calon LEBIH PENTING berbanding calon atas dasar setiap
calon seolah-olah hilang kebebasan individunya kecuali dalam beberapa perkara.
Tidak dapat dinafikan dalam beberapa keadaan, terdapat pengecualian terhadap
pendapat tersebut, iaitu apabila :
1) Kredibiliti calon mengatasi kongkongan parti
2) Kedua2 parti mempunyai track record, manifesto dan dasar yang hampir sama,
maka yang lebih bermoral diutamakan
3) Kedua2 parti membawa mudarat lebih dari manfaat, kaedahnya adalah dengan
memilih calon yang kurang mudarat.
Tuntasnya, ketiga-tiga faktor tersebut perlu dilihat dan
diambil kira, namun secara umumnya, PARTI & MANIFESTO adalah LEBIH
PATUT DIPERTIMBANGKAN berbanding CALON.
Pendapat ini dibuat melalui pertimbangan yang pelbagai baik
dari sudut dalil mahu pun waqi’ Malaysia. Moga kertas kerja Ustaz dapat
kita manfaatkan dalam menghadapi Re-Election kali ini di UIA. Analisis semua
sudut, baik parti, calon dan manifesto dan tentukan pilihan terbaik anda!
____________________________________________
Muna ‘Adila binti Che Remi
Mahasiswi tahun 2, Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM
No comments:
Post a Comment