Roadshow ke Borneo diteruskan lagi ke Sarawak selepas
kunjungan ke Sabah dalam 2 bulan lepas. Cuma penjelajahan kali ini agak singkat
iaitu selama 2 hari 1 malam. Penerbangan dari LCCT ke Kuching bermula pada awal
pagi hari Jumaat, 14 September 2012.
Mewakili pimpinan GAMIS Pusat ke sana ialah saudara Mohd
Najmi Ahmad, Naib Presiden 2 GAMIS dan saudara Akmal Razali, Pengerusi
Majlis Politik Nasional (MPN) GAMIS. Awalnya, pengerusi GAMIS Sarawak, saudara
Ishack turut menyatakan komitmen untuk turut hadir , akan tetapi beliau
tidak dapat bersama kerana ada komitmen lain.
Alhamdulillah, kami disambut oleh Saudara Arifin Osman,
wakil dari GAMIS Sarawak dan aktiviti hari pertama lebih kepada brainstorming dan sharing
moment’ bersama beliau dan dan serta sahabat-sahabatnya. Waqi’ kampus-kampus di
Sarawak dibentang agak menyeluruh kepada kami, terutama berkaitan 3 unsur utama
perjuangan GAMIS iaitu tarbiyah, dakwah dan politik. Dengan berlatarbelakangkan
sebuah negeri yang mana Muslim bukan majoriti, peluang GAMIS untuk mengukuhkan
cengkaman di Sarawak sememangnya tidak mudah. Malamnya, kami bersuai kenal dan
beramah mesra bersama ahli GAMIS Sarawak yang baru tiba ke tempat bengkel, di
Kota Samarahan.

Keesokannya, program pembentangan asas seputar GAMIS dan
juga Bengkel Siasah bersama wakil pimpinan GAMIS Pusat. Alhamdulillah, lebih
kurang 50 orang ahli GAMIS Sarawak menjadi peserta bengkel. Sungguh mengagumkan
pengorbanan mereka apabila ada yang hadir sejauh 12 jam perjalanan semata-mata
untuk bersama dalam bengkel.
Sesi awal dimulakan dengan pembentangan perlembagaan terkini
GAMIS dan juga soal-jawab. Rata-rata, ramai yang baru mengenali GAMIS.
Persoalan-persoalan tentang GAMIS Negeri Sarawak juga dibangkitkan. Seterusnya,
saudara Akmal Razali membentangkan idea dan program berkaitan politik di kampus
dan luar kampus. Tambahan lagi, beliau turut memberikan kata perangsang untuk
ahli GAMIS Sarawak untuk terus aktif dan cakna terutama dalam politik kampus.

(Gambar) Saudara Akmal Razali sedang memberi taklimat
Petang itu tentatif dimulakan dengan ‘brainstorm’ secara terperinci oleh semua ahli GAMIS Sarawak tentang apa wajah dan identiti GAMIS Sarawak yang dimahukan. Masing-masing memberikan lontaran idea bagi penambah baikan GAMIS Sarawak serta cadangan program yang perlu dijalankan, dan penutup pada petang Sabtu itu ialah pembentangan hasil perbincangan untuk dijadikan resolusi bersama. Slot terakhir ialah kami kongsikan sedikit amanat dari Presiden GAMIS, Ustaz Akram Ikrami Taib Azzamuddin untuk semua peserta. Pada malamnya, kami terus berlepas pulang ke Semenanjung.

Taujihat Oleh Saudara Ahmad Najmi
'Rome is not built in one day'. Membina dan mengukuhkan
GAMIS di Sarawak bukan kerja sehari dua apatah lagi kerja seolah melepaskan
batuk di tangga. Kalau dikatakan ‘As-saabiqunal awwalun’ , kami menganggap
mereka adalah ‘As-saabiqunal awwalun’ bagi GAMIS Sarawak ini.
Bermula dari kosong, mereka bertatih sedaya upayanya. Tiada
upaya melainkan hanya dengan ‘nasrun minallah’ dan ’jihad wa tadhiyyah’ yang
akan terus menjadi faktor asas untuk memastikan syiar Islam dapat ditegakkan di
sana. Insya-Allah, pelapis yang bakal meneraju GAMIS Sarawak akan memacu entiti
ini lebih maju ke depan.
No comments:
Post a Comment