Mukaddimah
Orang Rohingya
adalah etnik Muslim yang tinggal di utara negeri Rakhine yang terletak
di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar
utara Negeri Rakhine (dulunya dikenal sebagai Arakan).
Arakan pernah
menjadi Kesultanan Islam pada abad ke-7 selama 350 tahun sehinggalah ia
dijajah pada tahun 1784 dan ia pernah jadi pusat tamadun Islam di
Nusantara pada masa itu.
Ketika itu, Sultan
Mahmood, seorang Rohingya yang berpengaruh pernah menjadi setiausaha
politik dalam kerajaan U Nu (kerajaan Burma ketika itu) dan kemudiannya
dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Selepas itu, nama Arakan ditukar
kepada Rakhine.
Latar Belakang Pengkhianatan Terhadap Rohingya
Pertempuran antara
majoriti penganut Buddha Rakhine dan minoriti Rohingya Muslim selalu
berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Menurut Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Rohingya adalah salah satu minoriti di
dunia yang paling teruk ditindas. Elaine Pearson, Timbalan Pengarah
bahagian hak asasi manusia Watch Asia telah berkata, “ Sudah
bertahun-tahun berlaku diskriminasi, penyalahgunaan dan pengabaian
terhadap Rohingya dan ia akan meletup pada satu masa nanti, dan itulah
apa yang kita lihat sekarang”. Bahkan, yang lebih menyedihkan
kerajaan Burma telah mengklasifikasikan Rohingya sebagai ‘pendatang’
kepada Myanmar dan dengan itu tidak layak untuk menjadi warganegara
Myanmar.
Plot Cerita Luka Rohingya
28 Mei : Seorang
wanita Rakhine, Thida Htwe, berumur 28 tahun dirogol dan dibunuh oleh
seorang lelaki Rakhine berhampiran kampung Maw Kyaut Ne dan kejadian itu
disaksikan oleh dua orang Rohingya.
Lelaki itu menyerah
diri dan menyatakan dia bersubahat dengan 2 orang Rohingya itu, lalu
polis menahan tiga suspek dan menghantar mereka ke penjara bandar
Yanbyal. Perogol itu telah membunuh dirinya dalam lokap.
4 Jun :
Perusuh dari etnik Rakhine menyerang bas di Taungup, tersilap
mempercayai bahawa mereka yang bertanggungjawab untuk pembunuhan itu.
Sedangkan yang berada di dalam bas ialah jemaah tabligh. Kerajaan
bertindak dengan melantik seorang menteri dan ketua polis untuk
mengetuai jawatankuasa penyiasatan.
10 Jun : Keadaan darurat telah diisytiharkan di seluruh Rakhine.
15-28 Jun :
Tun Khin, Presiden Pertubuhan Burma Rohingya UK (BROUK), telah
menyatakan bahawa pada 28 Jun, 650 Rohingya telah dibunuh, 1200 telah
hilang dan lebih 80,000 telah dihalau.
Tentera Burma dan
polis telah dituduh memainkan peranan utama dalam kezaliman terhadap
Rohingya melalui tangkapan besar-besaran dan keganasan yang
sewenang-wenangnya.
Rohingya yang
melarikan diri ke Bangladesh juga mendakwa bahawa tentera Burma dan
polis menembak kumpulan penduduk kampung dengan pistol.
Mereka takut untuk
kembali ke Myanmar apabila Bangladesh menolak mereka sebagai pelarian
dan meminta mereka untuk kembali ke Myanmar.
Reaksi dalam Negeri
All Myanmar Muslim
Organization (AMMO) iaitu Persatuan umat Islam yang terbesar di Myanmar
telah mengutuk semua perbuatan menakutkan dan memusnahkan nyawa dan
harta orang yang tidak berdosa di kalangan umat Islam Rohingya dan
mengisytiharkan bahawa “pelaku mesti dipertanggungjawabkan oleh
undang-undang”.
Reaksi Antarabangsa
Bangladesh –
Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar, meningkatkan keselamatan
sempadan dalam tindak balas kepada rusuhan. Mereka menyekat pelarian
dari memasuki Bangladesh. Banyak bot-bot pelarian telah berpatah balik
atas arahan oleh Pegawai Sempadan.
OIC – OIC telah
mengadakan mesyuarat dengan wakil dari 57 negara anggotanya di Geneva
untuk menggariskan mekanisme bagi tindakan antarabangsa untuk mencari
penyelesaian terhadap krisis yang dihadapi masyarakat Rohingya.
Ia juga menegaskan
pentingnya untuk membenarkan duta-duta negara anggota OIC memasuki
Myanmar untuk menilai keadaan penganut Islam di negara tersebut.
Masalah Besar yang Akan Menyebabkan Komplikasi Buruk dan Konflik Ini
Masalah-masalah
besar yang akan menyebabkan komplikasi buruk dari konflik ini akan terus
berlaku di kalangan umat Islam Rohingya ialah:
1. Rohingya ialah etnik yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar
Masalah ini telah
berlarutan sekian lama dan penyelesaiannya menemui jalan buntu. Selagi
Rohingya tidak diiktiraf, selagi itu mereka akan ditindas. Alasan yang
lain kenapa Rohingya dizalimi ialah kerana mereka Muslim!!
2. Akses kepada pendidikan disekat
Tahap buta huruf di
kalangan Rohingya amat tinggi kerana mereka dinafikan hak untuk
mendapat pendidikan dan selagi itu mereka akan terus diperbodohkan dan
dihimpit oleh kerajaan Myanmar.
3. Hak asasi manusia dinafikan
Kerajaan Myanmar
menyekat segala bantuan ke atas Rohingya hatta makanan, ubat-ubatan dan
keperluan asas yang lain. Di Yangon banyak sumbangan telah ada di sana
tetapi semua keperluan tidak boleh dihantar termasuk makanan dan ini
menjadikan Arakan bagaikan Gaza nombor 2!!.
4. Sikap tidak endah masyarakat
Aung San Suu Kyi pernah ditanya tentang isu Rohingya di Arakan akan tetapi beliau hanya menjawab, “Saya tidak tahu tentang perkara itu”. Respons
yang diberikan beliau ini amat menyedihkan. Apatah lagi umat Islam yang
lambar bertindak terutama badan besar umat Islam, OIC.
___________________________________________
Krew Penerangan
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
No comments:
Post a Comment