Hari ulang tahun kemerdekaan ke-55 Malaysia sudah hampir
tiba. Kemanakah arah tuju Malaysia selepas ini. Kalau dilihat senario sekarang,
layakkah Malaysia bergelar negara merdeka? Mari kita sama-sama fahami erti
merdeka yang sebenar.Merdeka sebenarnya bermaksud bebas daripada penjajahan,
kurungan, naungan dan lain.Ia juga bermaksud tidak bergantung pd yg lain dan
berdiri sendiri.
Melihat kepada maksud bebas daripada penjajahan, ramai yang
beranggapan Malaysia sudah menjadi negara merdeka kerana telah bebas daripada
jajahan kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Jepun, British dan sebagainya.
Tetapi, sedarkah mereka bahawa Malaysia masih lagi dijajah, masih lagi berada
ditakuk lama. Merdeka yang sebenarnya bermaksud bebas dari jajahan politik,
ekonomi dan yang paling penting adalah bebas daripada jajahan pemikiran
kuasa-kuasa luar.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, tahap pemikiran
kebanyakan rakyat Malaysia dikatakan masih berada di kelas ketiga. Ini adalah
kerana majoriti mereka masih takut untuk membuat perubahan kerana bimbang
menjadi buah mulut orang malah apabila ada yang membuat perubahan yang baik,
mulalah berkata itu ini. Tetapi apabila ada yang membuat perubahan ke arah yang
tidak baik, tidak ada yang menegur. Ada saja yang tidak memuaskan hati mereka.
Selain itu, tidak ramai yang berani menyuarakan pendapat kerana risaukan periuk
nasi sendiri. Ideologi yang dibawa oleh negara barat tidak kurang hebatnya
menular dalam pemikiran rakyat negara kita. Disebabkan terlampau taksub dengan
idea tersebut, ramai yang sanggup mengabaikan syariat agama malahan
memesongkannya.
Apabila menyentuh pasal isu agama, teringat pula pada isu
kekejaman umat Islam di luar negara terutamanya Rohingya, Syria dan Palestin.
Kita di sini bersenang-lenang dengan kemewahan dan keamanan yang sedia ada.
Patutkah kita bersukaria menyambut ulang tahun kemerdekaan, sedangkan
saudara-saudara kita di sana hidup mati berusaha mendapatkan hak yang
sepatutnya mereka peroleh seperti kita. Kita sebagai saudara seIslam, apa yang
telah kita lakukan dalam membantu mereka mencapai kemerdekaan. Adakah hanya
dengan melihat sahaja atau sekadar bersimpati dari lubuk hati. Itu yang dikatakan
rakyat Malaysia tidak berani membuat perubahan. Asyik mengharapkan insan lain
bagi melaksanakannya.
Sekiranya semua rakyat Malaysia berfikiran sebegitu, maka
tidak akan ada yang membantu negara-negara yang masih belum merdeka. Ini
jugalah yang dikatakan takut untuk menyuarakan pendapat kerana takut kesenangan
yang dikecapi sekarang hilang bersama yang pendapat yang disuarakan. Simpati
sahaja tidak dapat membantu mereka tanpa tindakan yang sewajarnya.
Sebagai seorang mahasiswa, kita tidak boleh memandang enteng
tentang perkara sebegini. Kita seharusnya bekerjasama dalam menyedarkan rakyat
Malaysia dalam memperbetulkan apa yang masih tidak betul, contohnya menjadi
rakyat yang berani bersuara, pembersih, respon terhadap isu dalam dan luar
negara, berani melakukan perubahan kearah yang lebih baik dan juga bebas dari
jajahan ideologi barat.
No comments:
Post a Comment