Wednesday 21 November 2012

GRAND PICKET FOR GAZA




Gaza and Palestine still continuously are being attacked since 1948 until now which recently started on last Wednesday (14th November 2012). Their peak of cruelty against the values of humanity and international law is only to fulfil their agenda in forming the state of Israel. Certainly, united States are their allies in ensuring their interest are successfully accomplished.


Recently, Israel has stated its commitment in mobilising for Gaza invention by pounding to 1000 targets including headquarters and military post of HAMAS in Gaza. Their mission since last Wednesday has killed more than 50 civilians and hundreds of them are severely injured.

Gaza is in critical situation. With the total civilians near to 1.7 million, it has made Gaza as the one of the most congested popoluation in the world. More than 10% of children whom their age at 5 years old, their growth has been, more than 30% of them are living jobless and every 1 or 5 children are suffering with Post-Traumatic Stress Disorder. Moreover, 45% of the civilians are living in poverty. Their daily necessities and homes were being destroyed by Isreal.

Updated news is disquiet, Israel and its allies are not impossible to proceed their violence in Gaza in “Six Days War” in 1967 until colonisation the land of Palestine, Sinai Peninsula and Golan Hills. Also, Operation Cast Lead in 2008 which has killed 1000 people of Gaza, Israel shall ready to pursue their violence more than that. If there is no participation of the world societies including other Islamic countries neighbouring to the Palestine, as well as international organisations in stopping this violence, Great War could be started.


So far, Alhamdulillah, many individuals and organisation has played their vital role against this violent. In the international level, Turkey and Egypt has shown their responsibilities. Arab League, OIC and EU should be firmer and taking more collective and comprehensive steps. PBB also should implement justice in fulfilling their functions and not only be the follower of Israel and US by following their desires based on making excuses “rights and the responsibility to protect the Israelits”. In Malaysia, government, political parties, Islamic NGO, human rights organization, media and its society shall be together in saving the people of Gaza and the land of Palestine.


With regard of the long history of Gaza and Palestine, GAMIS is very confident and believe that the approach of ‘two state solution’ is unable to revive peacefulness in Gaza that has been invaded by the Zionist since the decades ago. GAMIS completely support the commitment of HAMAS and the Palestinians to keep working with Israel in terms of sacrificing the blood and life. HAMAS and the Palestinians are for sure to gain either two honours either win or Syahid. Allahu Akbar

Insha’Allah, GAMIS will put efforts to the best to participate actively in resolving this issue. We intend to give the knowledge and current information on what is happening in Palestine to the community as well as we will conduct a meeting and collaborate with the other parties to propose for a better effective actions. After having a meeting with the Egypt’s ambassador last Friday, GAMIS will have a meeting with the Turkey’s ambassador on Tuesday  to get the latest feedback on the roles played by Turkey in solving this issue. 


The meeting also intend to deliver several suggestions to the embassy. On this coming weekday, GAMIS plan to organize a grand picket in front of the United Nations (UN) office in Kuala Lumpur



Truly,

AZAN SAFAR
President GAMIS



Gaza dan Palestin terus diserang, selepas serangan demi serangan berlangsung sejak 1948 sehingga kembali meletus sejak Rabu (14 Nov.) lepas. Israel yang bertanggungjawab ke atas serangan ini terus rakus bertindak di luar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa demi menjayakan agenda pembentukan wilayah Israel raya. Amerika Syarikat (AS) pasti sekali. bersekutu dan berkerjasama dalam hal ini demi memastikan kepentingannya terpelihara.

Terbaru, Israel telah menyatakan komitmennya untuk melancarkan serangan ke atas hampir 1000 sasaran melibatkan pejabat, rumah pejuang dan pusat ketenteraan HAMAS di Gaza. Dalam serangan sejak Rabu lalu itu, kini telah mengorbankan lebih 50 orang penduduk Gaza dan ratusan yang lain cedera teruk.

Gaza kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Dengan bilangan penduduk mencecah 1.7 juta orang di dalam kawasan berkeluasan 140 miles persegi menjadikan Gaza sebagai salah satu tempat paling padat di dunia. Lebih 10% kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun terbantut tumbesaran mereka, lebih 30% hidup tanpa pekerjaan, setiap 1 daripada 5 kanak-kanaknya mengalami Post-Traumatic Stress Disorder, 45% rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, hak asasi mereka khususnya makanan dan tempat tinggal diragut kejam oleh perbuatan durjana tentera Israel.

Perkembangan terkini ini sangat membimbangkan. Israel dan sekutunya tidak mustahil akan melakukan seperti dalam 'Six Days War' pada tahun 1967 sehingga terjajahnya sebahagian besar bumi Palestin, semenanjung Sinai dan Bukit Golan, atau juga 'Operation Cast Lead' pada tahun 2008 yang mengorbankan lebih 1000 orang penduduk Gaza, bahkan mereka pasti bersiap siaga untuk melakukan lebih daripada itu. Jika tiada peranan masyarakat dunia, negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Palestin, dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk membendung konflik ini, perang besar pasti akan meletus lagi.

Alhamdulillah, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing. Di peringat antarabangsa, kebijakan dan komitmen Mesir dan Turki dalam menangani krisis ini amat diharapkan oleh muslim seluruh dunia. Liga Arab, OIC dan EU perlu lebih tegas dan melakukan tindakan secara lebih komprehensif dan kolektif. PBB pula mesti bersikap adil menjalankan fungsinya dan tidak menjadi budak suruhan Israel dan AS dengan tunduk kepada kemahuan mereka bersandar kepada alasan "...hak dan tanggungjawab Israel untuk melindungi rakyatnya...". Di Malaysia pula, kerajaan, parti politik, NGO Islam, pertubuhan hak asasi manusia, media dan masyarakat perlu berpakat berpadu tenaga menyelamatkan warga Gaza dan tanah air Palestin.

InsyaAllah, GAMIS dengan upaya yang ada akan turut serta berpartisipasi menangani isu ini khususnya dalam memberi kefahaman dan maklumat semasa kepada masyarakat, dan akan mengadakan pertemuan serta kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengatur tindakan yang lebih efektif. Selepas mengadakan pertemuan dengan duta Mesir Jumaat lalu, Selasa ini GAMIS akan bertemu pula dengan duta Turki untuk mendapat maklum balas terkini perkembangan peranan Turki dalam isu ini dan juga bertujuan untuk menyerahkan beberapa cadangan kepada pihak kedutaan. Rabu ini pula, GAMIS bercadang untuk mengadakan piket mega di hadapan pejabat United Nations (UN) di Kuala Lumpur.

Meneliti sejarah panjang Gaza dan Palestin ini, GAMIS yakin dan percaya bahawa pendekatan 'two state solution' pun tidak mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang telah bergolak sejak berabad lamanya ini. GAMIS menyokong penuh perjuangan HAMAS dan rakyat Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan 'bahasa darah'. HAMAS dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid. Allahu Akbar..

No comments:

Post a Comment