Muhamad Azan Safar
|
Sepang, 4 Nov: Muktamar Gabungan Mahasiswa Islam
SeMalaysia 2012 (GAMIS) yang telah selesai semalam menjadikan PRU-13 sebagai
agenda khas Gamis sesi ini.
Muktamar yang dihadiri hampir 200 orang perwakilan dari
seluruh negara itu merupakan transisi kepimpinan Gamis era Akram Ikrami Taib
Azamudden kepada Presiden baru, Muhamad Azan Safar.
Menurut beliau, PRU-13 dan Pasca PRU-13 menjadi agenda khas
Gamis bagi sesi ini kerana mahasiswa perlu memimpin massa untuk melakukan
perubahan.
“Cabaran buat mahasiswa ialah memimpin massa dalam
menghadapi perubahan, dan PRU-13 merupakan salah satu medan untuk perubahan”
“Sekiranya ahli Gamis mahukan Gamis berwajah baru, maka ahli
Gamis juga mesti berubah menjadi baru, baik dari segi pemikiran dan juga
sahsiah” tegas Muhamad Azan Safar.
Beliau yang merupakan Presiden Ikatan Studi Islam UKM
(ISIUKM) turut mencabar ahli Gamis, “Saya mencabar kalian supaya berani
mencabar kelaziman. Kita bukan ahli gerakan yang pengikut setia tradisi
generasi dahulu!”
Ini sejajar dengan tema ucapan dasar beliau iaitu “Mahasiswa
Memimpin Perubahan.” Ucapan dasar tersebut merangkumi 5 paksi utama iaitu,
1-Tabiyah Gerakan Bersifat Membina. 2- Dakwah Era Baru Gamis. 3- Jaringan
Strategik Gamis. 4- SIGMA Perintis keterampilan Wanita Malaysia. 5- Kepimpinan
dan Budaya Kerja Profesional.
Yang menariknya, pihak Gamis memberi penghormatan kepada front mahasiswa
lain iaitu Haluan-Siswa, PKPIM dan Karisma sebagai tetamu jemputan
muktamar.
Berikut Merupakan Organisasi Terkini GAMIS sesi
2012/2013
Timbalan Presiden : Mohd Eikhwan Bin M.Ali (UIA)
Pengerusi SIGMA : Aqilah Mukhtar (UPM)
Timbalan Pengerusi SIGMA : Nur Adiela Kamarizzaman (UIA)
Naib Presiden (Strategik & Mobilasi Massa) : Syis Abd
Kadir (UM)
Naib Presiden (Jaringan Kampus) : Mohd Faiz Ismail (UPSI)
Setiausaha : M.Farid Hadhari M.Rusdi (USIM)
Timbalan setiausaha 1 : Adilah Hafizah Abd Halim (UPSI)
Timbalan setiausaha 2 : Hamiza Hani Omar (UKM)
Bendahari : M.Nazrin Bin M.Zohir (KUIS)
Timbalan Bendahari : Nur Liyana Omar (UKM)
Ketua Penerangan : Mohd Khairul Izzaz B. Ismail (UIA)
Timbalan Penerangan : Siti Rabiatul Adawiyah (UM)
Majlis Politik Nasional : Ahmad Afif Zulkipli (UKM)
Timbalan Majlis Politik Nasional : Sofwatul Aufa Bakri (UM)
Majlis Dakwah dan Kebajikan : Mohd Syakirin Bin Md Zahar
(UPM)
Timbalan Majlis Dakwah dan Kebajikan : Atikah Abd.Rahman
(UIA)
Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional : Muhd Afdzal
Shahabuddin (USIM)
Timbalan Majlis Tarbiyah dan kepimpinan Nasional : Siti
Fatimah Rosli (UM)
No comments:
Post a Comment