![]() |
Golongan terpelajar dengan title “MAHASISWA” adalah
merupakan aset terpenting negara dan bangsa. PERTAMA, kerana populasinya
mencecah 45% daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia. KEDUA, kerana
golongan ini adalah generasi pewaris yang bakal menerajui negara dan menentukan
hala tuju serta tahap yang akan dicapai oleh negara. KETIGA, kerana nilai
berilmu pengetahuan yang dapat memberi input berharga kepada pembangunan negara
dan bangsa.
Kerana tiga (3) ‘KERANA’ ini, golongan mahasiswa seharusnya
dibentuk dan dididik menjadi sebuah generasi yang berkepemimpinan,
bertanggungjawab, amanah, berani memperjuangkan hak mereka dan berani bersuara
menentang ketidakadilan yang berlaku keatas bangsa mereka.
Nilai berjati diri, dinamik dan unggul ini sudah pasti tidak
mampu dibentuk jika hanya dengan kurikulum dan kokurikulum akademik semata.
Pembentukan characteristics ini perlu lahir daripada pengalaman dan penghayatan
terhadap proses kehidupan sebenar (the real life) yang dipandu dengan dasar
kebenaran (al-haq), keadilan (al-‘adl) dan kebebasan (al-hurriyyah).
Penglibatan mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus (PRK) –
samada sebagai pengundi ataupun calon – sekurang-kurangnya menjadi cerminan
kepada prestasi nilai-nilai tersebut. Ini kerana, partisipasi dalam proses
tersebut adalah manifestasi dari kesedaran dan kefahaman terhadap hak dan
tanggungjawab sebagai anggota dalam sebuah masyarakat kampus. Menafikan peranan
diri dalam proses tersebut adalah suatu sikap meruntuh kecemerlangan masa
depan.
Hakikatnya, peratusan keluar mengundi yang hanya sekitar
45-65% sahaja di seluruh kampus di Malaysia adalah sangat memBIMBANGkan. Sedangkan
negara memerlukan tenaga dan daya kepimpinan baru untuk menggantikan kepimpinan
sedia ada. Sepatutnya PRK dimanfaatkan sebaiknya untuk mengasah bakat serta
menonjolkan sifat kepemimpinan dalam diri mahasiswa sekaligus dapat melahirkan
mahasiswa yang matang, pro-demokrasi dan berdaya saing dalam menjana suasana
politik yang positif pada hari mendatang.
TETAPI proses ini mestilah berlangsung secara bebas, bersih,
adil dan sistematik. Tarikh PRK perlu dijadualkan dalam kalendar akademik,
mahasiswa mesti diberi ruang menganggotai Election Committee, badan pemantau
bebas perlu dilantik, kaedah pengundian mesti yang tidak boleh dimanipulasi dan
boleh dinilai semula, kebebasan menggunakan media dan tempoh yang cukup untuk
berkempen, dan disediakan peruntukkan dana kepada calon bagi membiayai proses
pemilihan dan bagi menjayakan manifesto. Jika proses ini dicabul, generasi yang
akan lahir adalah generasi bacul.
Sebagai contoh, masih ADA LAGIKAH (?) mahasiswa yang berani
bersuara dan bertindak mempertahankan hak mereka apabila kebenaran menggunakan
Main Audi untuk K-Fiqh Politik Islam Semasa yang sepatutnya berlangsung pada 15
September 2012 ini diBATALkan. Mengharapakan pencerahan daripada para sarjana,
tetapi dikhianati oleh sang durjana. CELAKA! Apa kita buat?
http://engineermemali.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment