
Kuala Lumpur – Menjelang pilihanraya umum ke 13 yang akan
berlaku bila-bila masa sahaja lagi, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
telah mengadakan bengkel bagi persiapkan jentera diperingkat mahasiswa untuk
menempuh Pilihanraya Umum Malaysia 13.
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari bermula 14 hingga 16
Disember itu disertai oleh 40 orang perwakilan GAMIS dari seluruh Malaysia
mewakili GAMIS Pusat dan juga GAMIS negeri.
Menurut Mohd Faiz Ismail selaku Naib Presiden Jaringan
Kampus GAMIS merangkap urusetia program, “Antara objektif bengkel ini diadakan
adalah untuk selaraskan dan persiapkan ahli GAMIS seluruh Malaysia untuk
menghadapi PRU 13.”
Menurut beliau lagi, bengkel ini bertujuan untuk memberi
kemahiran kepada perwakilan dari GAMIS negeri berkenaan kepimpinan, pengurusan
isu, serta pengendalian program.
Turut hadir Presiden GAMIS Muhammad Azan Safar,
Timbalan Presiden Eikhwan Ali, Ketua Penerangan GAMIS saudara Izzaz Ismail dan
pimpinan SIGMA.
Antara resolusi yang disepakati, adalah mewujudkan
gelombang pilihanraya ke seluruh kampus sebagai cara untuk memberi kesedaran
politik dikalangan mahasiswa, mengadakan himpunan GAMIS negeri di seluruh
Malaysia dan mempersiapkan jentera diperingkat Mahasiswa di seluruh Malaysia.
Muhd Faiz Ismail dalam ucapan beliau dibengkel tersebut
berkata, “Ini adalah langkah pertama untuk mahasiswa, GAMIS khususnya bersiap-siaga dengan jentera mahasiswa PRU13 seluruh negara untuk menolak UMNO dan
Barisan Nasional.”

Turut berucap Timbalan Presiden GAMIS Saudara Eikhwan Ali,
“Mesej jelas daripada mahasiswa dan anak muda hari ini di seluruh negara bagi
menghdapi pru13, mahasiswa mahu tukar kerajaan.”
Presiden GAMIS Muhammad Azan Safar menegaskan bahawa ahli
GAMIS hari ini sudah bersedia uuntuk berhadapan dengan pilihanraya umum 13 dan
pendirian GAMIS jelas, mahu tukar kerajaan.
“GAMIS sudah bersedia menghadapi pilihanraya dan mesej kami
jelas, mahasiawa mahu tukar kerajaan.” Azan Safar.
No comments:
Post a Comment