Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia GAMIS meluahkan
kekecewaan terhadap Kerajaan Persekutuan kerana mahu meneruskan operasi Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pendengaran saman terhadap AES telah
dibekukan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Memetik laporan The Malaysian Insider yang bertajuk 'Putrajaya kekalkan kamera
perangkap kelajuan AES walaupun saman dibekukan', Menteri Pengangkutan Datuk
Seri Kong Cho Ha berkata, "Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini,
seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,”. Kong menambah
bahawa ia selaras dengan dengan kelulusan perbelanjaan Bajet 2013 yang lalu.
Di sini, GAMIS ingin memberikan beberapa sudut pandang yang penting mengenai
AES. Pelaksaan AES ini tiada salahnya jiwa niat asal kerajaan mahu
mendisiplinkan rakyat Malaysia di jalan raya, tetapi jika melihat kepada aspek
kelajuan semata-mata adalah tidak patut.
Berikut beberapa aspek keselamatan lain yang perlu diambil perhatian oleh
kerajaan:
1. Had lebih muatan oleh jentera berat seperti lori dan bas.
2. Jalanraya yang tidak diturap secara sempurna.
3. Lebihan kereta yang lebih umur 15 tahun di jalanraya.
4. Selaraskan semula had laju, adakah perlu pemanduan laju dihadkan
kelajuaannya?
Oleh itu, GAMIS berharap kerajaan menilai semula pelaksanaan AES ini, walaupun
niat asal yang baik, tetapi jika pelaksanaan yang mencurigakan dan
mengelirukan, rakyat amat-amat tidak berpuas hati.
Saya yang benar,
Mohd Khairul Izzaz Ismail
Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS)
No comments:
Post a Comment