
Kuala Lumpur- Lebih 1000 mahasiswa bersama Gabungan Mahasiswa
Islam Se-malaysia (GAMIS) telah berkumpul di Dataran Merdeka sewaktu Sambutan
Tahun Baru 2013 dalam operasi Dakwah Dirasai Gamis (ORKED 2013).
Dalam operasi tersebut, Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar
melancarkan kempen "Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan" dengan menetapkan tahun 2013
sebagai tahun perubahan dari kekejaman rejim kepada keadilan pemerintahan.
Menurut laman portal rasmi GAMIS, tindakan ini dibuat kerana
mahasiswa sudah tidak boleh tahan lagi dengan tindakan kerajaan ke atas
mahasiswa dari sudut pembiyaan kos pengajian yang semakin naik, hutang PTPTN
dan peluang pekerjaan selepai graduasi nanti.
Ditambah pula dengan politik kotor yang dimainkan kerajaan seperti budaya
kronisme yang berlegar-legar dalam kerajaan.
Oleh itu, GAMIS bersama mahasiswa komited untuk
memperjuangkan nasib rakyat demi melihat Malaysia berkembang pesat, maju dan
sejahtera rakyatnya, GAMIS berpendirian tegas bahawa kerajaan hari ini perlu
ditukar dengan kerajaan yang lebih adil dan saksama.
Acara klimaks pada malam sambutan tahun baru 2013, ORKED
2013 GAMIS di Dataran Merdeka adalah gimik mahasiswa membakar kain rentang
mahasiswa tukar kerajaan, beberapa topeng pemimpin politik negara seperti YAB
Najib Abdul Razak dan Dato’ Seri Rais Yatim.
Reaksi ini memberi mesej jelas kepada kerajaan sekarang
bahawa kempen GAMIS ‘Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan’ akan rancak berlangsung di
seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada rakyat akan kezaliman pemerintah
sekarang.
Tahun 2013 tahun perubahan!
No comments:
Post a Comment