
Saya pada awalnya tidak bercadang untuk turut berpartisipasi
dalam memberi respon berkenaan isu ini memandangkan ia telah pun ‘berusia’ 31
tahun apatah lagi pada tahun 1981 itu saya belum pun dilahirkan lagi dan saya
juga tidak pun berkesempatan dengan fenomena seperti apa yang diceritakan oleh
orang-orang lama seperti sembahyang dua imam, majlis akad nikah dua kali atau
memulau majlis kenduri perkahwinan atau tahlil kematian.
Pelik sungguh apabila isu ini dibangkitkan semula setelah
Malaysia bertukar-ganti 2 orang Perdana Menteri, 8 orang Yang Di-Pertuan Agong,
5 orang Ketua Polis Negara, 5 orang Pengerusi Jawatankuasa Fatwa dan 10 orang
Ketua Hakim Negara. Sepatutnya, sudah pasti isu ini telah ‘selesai’ setelah
berlalu pelbagai peristiwa sementelah lagi setelah pembatalan muzakarah yang
sepatutnya diadakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dulu.
Jika benar sesat amanat itu, bodoh benarlah orang-orang
agama kerajaan sehingga perlu memakan masa 31 tahun untuk mendakwa sesatnya
amanat itu, belum lagi membuktikannya. Lebih logik ialah, bukan amanat itu yang
sesat, dan tidak menyesatkan pun, sebaliknya UMNO yang sedang memperalat.
Ulama’, media dan institusi awam diperalat untuk memastikan UMNO boleh terus
berehat, sebab UMNO kini sedang tenat.
UMNO menghangat isu ini dengan harapan berjaya
memperdaya belia seusia saya yang merupakan ‘new voters’ dan
dengan tujuan menghilangkan kepercayaan dan keyakinan pengundi Melayu-Islam
terhadap kewibawaan sebuah parti Islam dan seorang ulama’ negarawan yang
dilihat semakin terkehadapan dan berjaya meraih sokongan bukan sahaja daripada
orang-orang Islam bahkan juga daripada bukan Islam. Ini kerana, undi pengundi
baru dan Melayu-Islam adalah penting bagi UMNO untuk ia terus mandiri dengan
kekuasaannya yang sudah berumur lebih 50 tahun itu.
Sungguh-sungguh UMNO ‘manfaatkan’ apa yang ia miliki
untuk matikan karakter TG Hj. Abdul Hadi Awang setelah gagal berkali-kali dalam
cubaan memecahkan muafakat Pakatan Rakyat. TG Hj. Abdul Hadi Awang didesak
bertubi-tubi supaya memohon maaf kepada umat Melayu dan menarik semula
kenyataannya yang telah pun berusia hampir separuh umur beliau.
Nah! Tiba-tiba ulama’ ini hanya minta 1 jam siaran langsung
daripada RTM dan TV3 untuk membuat penjelasan dan kemudian menyerahkannya
kepada rakyat untuk membuat penilaian. Dibandingkan dengan serangan yang
menelan minggu dan puluhan tulisan yang menyerang beliau, 1 jam ini permintaan
yang kecil sangat, mudah dan padan sangat jika hendak ditunaikan. Tetapi,
jawapan Menteri, “…boleh sahaja kita rakam. Kalau sesuai baru kita
siar.” PONDAN sungguh politik UMNO. Mula-mula bersungguh-sungguh ajak
bertumbuk, bila lawan dah setuju dan nyatakan lokasi, tiba-tiba kecut perut
pula. PONDAN!
Saya kira sudah-sudahlah isu ini terus dipolemikkan.
Generasi baru Malaysia mahukan politik yang ‘constructive’, bukannya ‘provokatif’ dan ‘destructive’.
Generasi baru Malaysia juga tidak mahukan politik PONDAN, diajak berdebat,
“bukan budaya kita”, diminta siaran langsung, “kalau sesuai kita siarlah”,
akhirnya, politik samseng dan fitnah juga jadi pilihan. MALAYSIA TANPA
UMNO.
Eikhwan Ali,
Timb Presiden GAMIS.
No comments:
Post a Comment