
Ulasan saya berkaitan apa yang berlaku terhadap kes Bawani
di UUM dan juga kes Azrul yang digantung tugasnya di Bank Islam mencerminkan
kepada kita satu perkara yang lebih penting ialah rosaknya nilai sistem di
negara kita yang harus direjuvenasi segera.
Persoalan yang harus ditanya kepada semua orang ialah kenapa boleh wujudnya
mereka yang bermentaliti seperti Aunty Listen yang sangat dangkal dalam cara
fikir dan tindakannya malah telah disokong oleh sebahagian besar mahasiswa UUM.
Tidak lebih dari bagaimana universiti hari ini lebih gemar untuk menyuntik
doktrinisasi sempit berbanding memberi pencerahan yang lebih segar kepada
mahasiswa.
Hasilnya sebagai contoh, pemegang-pemegang polisi pada hari ini sangat takut
untuk mendengar suara dan kritikan mereka yang berbeza pandangan hingga
akhirnya telah menutup ruang kepada perkembangan idea dan rasional sebagaimana
yang telah menimpa Saudara Azrul yang digantung perkhidmatannya oleh Bank
Islam.
Aunty Listen hanyalah mangsa yang lahir dicelah kemandulan nilai sistem yang
ada di negara kita baik sistem pendidikan mahupun demokrasi. Solving the real
problem is more important rather than just playing around with presented
problem. Jika tidak kita akan sentiasa melihat kemunculan orang seperti Aunty
Listen ini lagi dan peristiwa ini sentiasa akan berulang tanpa kesudahan dalam
epilog sejarah negara kita.
Muhamad Azan Safar
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.
No comments:
Post a Comment