
KUALA LUMPUR – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) meminta golongan ulama supaya duduk bersama, berbincang dan bersepakat
berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan umat bukan Islam di
negara ini.
Timbalan Presidennya, Eikhwan Ali berkata, perkelahian dan
hujah yang timbul berikutan isu itu yang kembali dibangkitkan oleh Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini kini menimbulkan pelbagai hukum hakam yang
bercanggah.
“Berkelahi sehingga terpasar hukum-hukum yang bermacam-macam
dan bercanggah antara satu sama lain akan semakin mengelirukan semua orang
termasuk masyarakat Islam dan bukan Islam. Duduk, bincang dan sepakat!,”
katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Eikhwan berkata, masyarakat bagaimanapun perlu membenarkan
golongan ulama dan sarjana Islam dalam bidang sosiologi, politik dan
perundangan menyelesaikannya isu tersebut.
Namun, tegas beliau, pandangan dan keputusan yang dibuat
dengan tidak ikhlas demi mendapatkan atau mempertahankan kuasa politik mesti
ditolak dan tidak diguna dipakai.
No comments:
Post a Comment